RAWATAN


PERHIDMATAN RAWATAN JARAK JAUH. 

Anda menghadapi masalah kesihatan yang berlarutan....
# Sering Gelisah, Kemurungan, selalu gagal dan kecewa
# Gaji tidak mencukupi atau sukar naik pangkat
# Tiada yang sudi berkawan, lambat jodoh, putus tunang
# Masaalah keluarga, anak dan lain-lain lagi


Kami Jemaah Quantum Hikmah Sedia membantu... Sila bank in bayaran Ikhlas ke akaun Maybank 151034647231 SAMSON BIN SUBARI. .Kemudian SMS <Nama> <Nama ibu> <Bayaran> <Tarikh> <Masa> hantar ke 017 7235095



TANDA PENYAKIT GANGUAN MAKHLUK HALUS, JIN DAN SYAITAN;


 Jikalau sudah pasti bukan sakit fizikal atau mental, maka sakit itu besar kemungkinannya datang daripada gangguan anak cucu Iblis. Antara kesan-kesan daripada gangguan iblis dan syaitan adalah:
  1. Rasa tidak tenang hati, selalu rasa serba tidak kena.
  2. Rasa takut yang tidak diketahui puncanya.
  3. Terlalu sukar untuk bangun solat.
  4. Jikalau sudah bersuami isteri, terasa tidak senang apabila bersama.
  5. Selalu rasa cenderung kepada marah, walaupun tiada apa untuk dimarahkan.

Jikalau terdapat wujudnya tanda-tanda ini, maka ada kemungkinannya gangguan telah bermula.


10 PINTU SYAITAN MASUK KEDALAM HATI MANUSIA.

 Menurut ulama, syaitan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu:
  1. Sifat sombong dan angkuh – Dua sifat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia yang lazimnya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.
  2. Bakhil dan kedekut – Setiap harta benda dan kemewahan adalah kurniaan Allah yang harus dibelanjakan ke jalan benar. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau sedekah.
  3. Takbur dan bongkak - Sifat ini selalu bertapak dalam diri manusia yang berasakan memiliki segala-galanya dalam hidup. Mereka terlupa kesenangan dan kenikmatan dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (Surah an-Nahl, ayat 23)
  4. Sifat khianat - Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi perjanjian atau perkongsian yang dibuat.
  5. Tidak suka menerima ilmu dan nasihat - Junjungan Rasulullah SAW selalu menasihati sahabat supaya mengelakkan diri daripada menjadi golongan keempat di kalangan manusia yang dibenci Allah iaitu tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
  6. Hasad dengki - Sifat ini selalu diikuti rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Hindari kamu sifat hasad kerana ia memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering.” (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)
  7. Meremehkan orang lain - Sifat ego manusia selalu lahir apabila individu berasa dirinya sempurna berbanding orang lain yang dilihat terlalu kecil dan kerdil dengan apa dia miliki.Abu Umamah pernah meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil.” (Hadis riwayat Muslim)
  8. Sifat ujub atau bangga diri - Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah bukan orang yang bersenang-senang saja.” (Hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
  9. Suka berangan-angan Islam antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam hidup dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.
  10. Buruk sangka – Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidik amat dicela Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang sudah rosak dirinya.” (Hadis riwayat Muslim)
KAMI HANYA BERUSAHA TETAPI ALLAH YANG MENYEMBUHKAN...

"Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka berubatlah kalian, tapi jangan dengan yang haram.” (HR Abu Dawud)


Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Berobatlah, karena tiada satu penyakit yang diturunkan Allah, kecuali diturunkan pula obat penangkalnya,
selain dari satu penyakit, yaitu ketuaan (HR Abu Daud dan At-Tirmidzi)

“Sesungguhnya seorang mukmin itu jika ditimpa penyakit, kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya (penyakit tersebut), maka ia (penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya. Sedang seorang munafik, apabila dia sakit lalu disembuhkan, maka dia seperti unta yang ditambat oleh pemiliknya, lalu mereka melepaskannya. Dia (orang munafik itu) tidak tahu mengapa dia ditambat dan dia tidak tahu mengapa dia dilepaskan.”






Tiada ulasan:

Catat Ulasan