KEKUATAN ROHANI
Tenaga Kerohanian adalah kekuatan yang sangat luarbiasa hebat dari khazanah ajaran Islam yang dapat digunakan untuk mengatasi masalah, tekanan dan penyakit dalam persoalan yang sedang dihadapi di dalam kehidupan manusia
Kenapa setelah sekian lama mengamalkan nilai-nilai ajaran Islam tetapi tidak merasa perubahan diri yang ketara dalam kehidupan mereka…?
Kenapa setelah sekian lama menunaikan solat tetapi masih lagi melakukan perbuatan keji dan mungkar…?
Kenapa setelah sekian lama berdoa tetapi nasib masih tidak berubah…?
Kenapa setelah banyak berusaha tetapi kejayaan sangat sukar untuk dicapai…?
Kekuatan Rohani atau Ruh adalah tenaga kekuatan luarbiasa yang berasal langsung dari Tuhan.
Ruh adalah suci, maka janganlah di kotori Ruh itu dengan perbuatan yang menentang Tuhan tetapi sentiasa menerapkan nilai-nilai sifat terpuji dan menghapuskan sifat-sifat tercela.
Walaupun pada hakikatnya kekuatan Rohani suatu fitrah semulajadi ciptaan allah, namun ianya akan menurun dan lemah seandainya tidak dicas setiap hari berupa niat – doa – amalan – impian - keikhlasan dan kejujuran.
DOA MELAWAN GANGGUAN JIN DAN SYAITAN:
Bacalah dengan lidah dan mintalah dengan hati. Janganlah berdoa dengan hati yang lalai.
1.
أعوذُ باللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ -
Aku berlindung dengan ALLAH Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam.
2.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ -
Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani .
3.
بِسْمِ اللهِ الَّذِى لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ
وَهو السَّمِيْعُ الْعَلِيمُ -
Dengan nama ALLAH yang tidak dapat mendatangkan mudarat dengan namaNYA oleh sesuatu yang ada di bumi dan di langit. Dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
4.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ -
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALlah yang sempurna daripada kejahatan/keburukan makhluk.
5. Ayat al-Kursi
اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِه ِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلايُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ -
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar (al-Baqarah=255)
6. Bacalah Tiga Qul
a- Surah al-Ikhlas - ﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
b- Surah al-Falaq -﴿قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
c- Surah an-Nas - ﴿قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ Bacalah semua hingga ke akhir surah-surah tersebut.
ILMU KEBAL; Kekuatan menahan tetakan dan tusukan senjata tajam... Kemampuan menahan pukulan dan kepanasan (Kebal Api) ~ Wujudkah Ilmu Hikmat yang sebenarnya dalam Sejarah Islam?
Selalunya masyarakat kita fobia tentang ilmu kebal kerana sering dikaitkan dengan penggunaan jin dan lain-lain. Namun untuk renungan umat melayu yang agak negatif dengan ilmu kebatinan, di sini saya berikan butiran ringkas Perang di zaman Rasulullah SAW untuk difikir-fikirkan pada masa lenggang.
Jumlah perang bermula tahun 1H-11H, sebanyak 82 kali. Tidak disertai Rasul SAW berjumlah 54 kali. Rasul SAW sebagai panglima sebanyak 28 kali. Dalam 28 peperangan yang Rasulullah SAW turun padang, 9 daripadanya berlaku pertempuran dan 19 kali musuh melarikan diri sebelum bertempur. Dalam 9 kali bertempur hanya sekali tercedera dan hampir terbunuh iaitu dalam perang UHUD.
Masyarakat selalu mengambil iktibar perang Uhud dan mengaitkannya dengan permasalahan KEBAL. Bagi sesetengah orang, ilmu kebal dikatakan syirik dan bid’ah dolalah kerana Rasul SAW dan sahabat pun boleh dicederakan. Ditekankan disini bahawa Rasul SAW dan sahabat pada ketika itu berperang untuk SYAHID DIJALAN ALLAH, oleh itu kebal dari senjata bukanlah fokus utama mereka ketika bertempur. Mereka telah dilatih untuk berjiwa Taqwa, Ikhlas dan Ikhlas yang menyebabkan musuh susah untuk bertindak ke atas mereka. Atas dasar tiga perkara tadilah pertolongan Allah sampai kepada mereka.
Tentera Islam kalah dan Rasulullah SAW tercedera dalam perang UHUD adalah disebabkan penderhakaan (INGKAR) yang dibuat oleh segelintir tentera Islam ketika itu. Penderhakaan ini telah menyebabkan penarikan BANTUAN oleh Allah. Oleh sebab kemenangan umat Islam berpaksi kepada TAQWA, IKHLAS dan TAWAKAL, perang UHUD menjadi pengajaran kepada orang-orang yang melanggar perintah nabi dan membelakangkan Allah SWT.
Bagi nabi SAW pula, selaku ketua terpaksa menerima teguran dari Allah ke atas tentera Islam ketika itu. Begitulah pengajaran yang sepatutnya diambil oleh masyarakat, kerana jelas dalam perang UHUD, tentera Islam dengan segala ilmu HAQ di dalam dada masih tertewas kerana tidak menjaga hubungan dengan Allah. Ditekankan disini, mengapa kita tak mahu mengkaji bagaimana dalam lain-lain perang yang dikepalai Rasul SAW, tidak tersebut dalam riwayat mengatakan tentang kecederaan baginda sedangkan perang dizaman nabi adalah khusus untuk membunuh baginda SAW.
Dalam satu riwayat menceritakan ketika bertempur Rasulullah SAW adalah yang paling berani dan paling di depan. Para sahabat pun berlindung di belakang nabi kerana rasa dilindungi oleh kehebatan nabi SAW. Ribuan anak panah yang tertuju kepada nabi SAW tidak terkena pada nabi dan kebanyakannya tersasar jauh. Bagaimana perkara begini boleh berlaku? Mengapa sedikit orang yang berani memikirkan hal-hal kebesaran Allah yang berlaku kepada Nabi SAW? Bagi umat melayu akhir zaman, carilah ilmu kebathinan dari guru-guru yang muktabar. Sesungguhnya ilmu ini datang dari dalam Islam kerana ianya pakaian orang-orang soleh dan para nabi. Pada akhir zaman, ilmu hitam akan berleluasa, umat Islam yang lemah ilmu bathin dan kerohanian akan menjadi sangat jauh dari Allah lalu terjerumuslah mereka ke dalam kekhurafatan dan kecelaruan dalam kehidupan.
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنِ. “Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemarahan dan siksaanNya, serta kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan setan (bisikannya) serta jangan sampai mereka hadir (kepadaku).” (HR. Abu Dawud DAN At-Tirmidzi )
PUKULAN JARAK JAUH
Pukulan Jarak jauh adalah salah satu kaedah bela diri Tenaga Dalam melalui olahan nafas, jurus, Zikir dan Doa (amalan kerohanian)
"Hai orang-orang yang beriman, alabila kamu bertembung dengan segolongan musuh, maka tetaplah kamu (jangan mundur). Dan ingatlah ALLAH sebanyak-banyaknya, niscaya kamu akan berjaya". (surah Al-Anfal ayat45)
"Bahkan! jika kamu sabar dan bertakwa, sedang mereka (musuh) datang kepada kamu menyerang dengan cepatnya, niscaya Tuhan kamu akan membantu kamu dengan 5000 malaikat yang mempunyai tanda (logo pasukan masing-masing)". surah Ali Imran ayat 125.
"Maka jika ada daripada kamu 100 orang yang sabar, niscaya dapat mengalahkan 200 musuh, dan jika ada daripada kamu 1 000 niscaya dapat mengalahkan 2 000 (musuh) dengan izin Allah, dan Allah berserta dengan orang-orang yang sabar". (surah Al-Anfal ayat 66)
"Dan bagi Allah tentera langit dan bumi, dan adalah Allah maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana". (surah Al-Fath ayat 7)
"(Ingatlah) ketika Tuhan mu wahikan kepada malakat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; Oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan tetaklah tiap-tiap anggota mereka" (surah Al-Anfal ayat 12)
"Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar, akan tetapi Allah jualah yang melemparkan (untuk membinasakan orang-orang kafir)".(surah Al-Anfal ayat 17)
DOA KESEMBUHAN
Letakkan tanganmu pada tubuhmu yang terasa sakit, dan bacalah: “Bismillaah tiga kali, lalu bacalah tujuh kali:
أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ.
(A'udzubillahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaa dzir)
"Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan sesuatu yang aku jumpai dan yang aku takuti."
[HR. Muslim]
ILMU TELEPATI
Apakah sebenarnya yang dimaksud dengan telepati? Dengan menguasai ilmu telepati banyak perkara yang akan dapat diwujudkan menjadi kenyataan. Telepati merupakan suatu kemampuan untuk merasakan segala sesuatu dari jauh.
Jika dikategorikan kedalam jenisnya, maka telepati dapat dibagi menjadi dua bagian:
1. Telepati Hikmah
Saranan yang dipergunakan dalam telepati hikmah sangat sederhana sekali, karena setiap umat islam pasti hafal surat Al Fatihah yang boleh digunakan sebagai 'DOA'. Dan banyak mengandung hal-hal yang berguna untuk dunia dan akhirat.... salah satunya untuk telepati. Dengan mengirimkan bacaan surat Al Fatihah dengan cara-cara tertentu kita dapat mengobati seseorang yang sedang gelisah, cemas dan stress dari jarak jauh.
2.Telepati Spiritual
Telepati Spiritual mempunyai banyak cara yang dilakukan oleh pengamal dan bermacam kaedah yang boleh gunakan mulai dari yang biasa sampai yang luarbiasa sekali. Telepati spiritual ini memang sangat populer di kalangan masyarakat kita karena kemampuannya yang dapat dipergunakan untuk berbagai hal di dalam kehidupan seharian, salah satunya untuk berkomunikasi secara jarak jauh.
ILMU HIPNOTIS:
¤ Hipnotis adalah salah satu cabang pengaruh KUASA MINDA BAWAH SEDAR yang digunakan untuk menguasai Diri Sendiri dan Fikiran orang lain.
¤ Hipnotis hanya mampu dimiliki setelah seseorang itu dapat memperkuatkan gelombang fikirannya dengan mengawal keseimbangan otak kiri dan kanan sehingga dapat memasuki fikiran bawah sedarnya, ¤ Pengamal harus menanamkan saranan tertentu dalam fikiran seseorang sehingga membuat mereka melakukan hal-hal yang ingin diperintahkan.
¤ Hipnotis boleh dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan di dalam kehidupan seharian seperti;
- Mempunyai kosentrasi yang tinggi untuk fokus dalam melakukan pekerjaan.
- Menguasai diri sendiri dan diri orang lain dengan memasuki minda bawah sedar.
- Mengubah penampilan dan peribadi.
- Memperbaiki dan mengawal kesihatan tubuh, minda dan jiwa.
- Harmoni dalam kehidupan Keluarga, masyarakat dan Alam.
KUASA MINDA
¤ Dalam satu kajian secara saintifik kuasa minda merupakan salah satu faktor utama seseorang mendapat ilham yang begitu hebat dalam hidupnya. seolah-olah ia membangkitkan rahsia dari dalam dirinya untuk dipersembahkan kepada alam realiti. Ia sebenarnya adalah anugerah Tuhan bahawa minda manusia adalah yang terbaik berbanding makhluk lain. Ini diakui seperti dalam surah at-Tiin ayat 4 yang bermaksud;"Manusia itu sebaik-baik ciptaan"
¤ Kekayaan sebenarnya adalah bertitik tolak daripada keyakinan dalam diri seseorang individu.. Sekiranya kita menstimulasikan dalam diri melalui minda bawah sedar bahawa "aku yakin boleh jadi kaya dengan cara yang tersendiri" Maka secara automatik, badan dan fikiran akan terarah kepada matlamat tersebut dan akan menerima beberapa kesan yang mengagumkan sehingga berjaya... . Dan jika diperhatikan inilah yang berlaku pada ramai jutawan ... jika anda percaya.. ia akan sebati dalam diri utk berjaya dengan lebih hebat...
¤ Praktikkannya dengan penuh kebaikan dan ia akan dibalas dengan berkaliganda baiknya di masa depan.. Dan bagi orang Islam mereka ini bertuah kerana dikurniakan rahmat dan pahala berganda.. Percayalah pada Tuhan kerana. "Dia akan memberi rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka" (petikan ayat seribu dinar)
¤ Antara manfaat kuasa minda bawah sedar dalam kehidupan;
MEDITASI UNTUK MENGENAL DIRI & MENGENAL TUHAN.
MENGAKTIFKAN CAKRA TUBUH UNTUK MENCAPAI KEYAKINAN DIRI.
HIPNOTIS UNTUK MENGUASAI PEMIKIRAN.
TELEPATI UNTUK KOMUNIkiASI JARAK JAUH.
PENGUBATAN PRANA UNTUK TERAPI RAWATAN
Kuasa Minda mampu pengaruhi kristal Air.
Ramai orang yang tidak sedar akan kekuatan minda. Oleh itu kita tidak pernah peduli akan apa yang kita fikir mahupun apa yg kita selalu ucapkan pada diri sendiri, apatah lagi pada orang lain.
Apa yang kita ucapkan itu juga merupakan doa kepada insan yang dituju, doa seorang ibu amatlah berkuasa melebihi segalanya, apa akan jadi pada anaknya jika setiap hari ibu berleter terhadap kenakalan anaknya, apa yg dituturkan ibu itu adalah doa untuk anak tersebut.
90% dari badan kita adalah air, jika tulisan dan fikiran terbukti mempengaruhi molekul air dan membentuk kristal bergantung perkataan yg digunakan, bagaimana dgn fikiran kita yg sememangnya mewakili diri kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan