PENGENALAN




KURSUS INI TERBUKA KEPADA UMUM DAN SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT....
  • Ingin mengenali Potensi Diri yang sebenar
  • Ingin Memanfaatkan Gelombang Tenaga PRANA, Tenaga KOSMIK, Tenaga ROHANI Di Dalam Kehidupan seharian
  • Ingin Memiliki Kekuatan Diri, Minda. Jiwa sebagai seorang SUPERNATURAL dan PARANORMAL.
  • Ingin mengubah Kehidupan Yang Lebih BAIK Dalam Masyarakat
  • Ingin Mencari Kebenaran & BUKTI kekuasaan ALLAH


SYARAT MEMPELAJARI QUANTUM HIKMAH;
  1. MUSLIM ~ Beragama Islam 
  2. IJAZAH ~ Mendapat restu dan Keizinan guru. 
  3. PATUH ~ Bersedia menuruti segala bimbingan guru. 
  4. ISTIQOMAH ~ Beramal secara berterusan
  5. MENJAUHI MAKANAN YANG HARAM
  6. MENJAUHI DOSA-DOSA BESAR.
  7. IKHLAS ~ Sentiasa membersihkan HATI dari sifat yang keji seperti Sombong, Pemarah, Dendaman khianat, Tamak dan sebagainya. 
Hikmah suatu amalan (bacaan) biasanya berkait rapat dengan perilaku pengamalnya. Dalam hadis Turmudzi meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda; "Seseorang yang mengucapkan Laa ilaha illallah dengan memurnikan niat, pasti dibukakan untuknya pintu-pintu langit, sampai ucapannya itu dibawa ke Arsy selagi dosa-dosa besar dijauhi".

SEPULUH SIFAT PERIBADI YANG HARUS ADA PADA PENGAMAL ILMU HIKMAH;
  1. Tidak mudah bersumpah atas nama ALLAH dengan sewenang-wenang nya. 
  2. Tidak mudah berbohong dan memaki hamun. 
  3. Sentiasa menepati Janji, jujur dan Amanah. 
  4. Tidak berdendam sesama makhluk. 
  5. Tidak mendoakan kecelakan kepada sesama Islam. 
  6. Tidak mudah mengkafirkan sesama Islam dan melakukan dosa-dosa besar. 
  7. Tidak menyusahkan orangain dan mengkhianatinya . 
  8. Tidak menyombongkan diri dan bercakap besar. 
  9. Sentiasa bersabar dengan segala ujian ALLAh dan tidak mengharapkan belas kasihan orang lain. 
  10. Sentiasa bersyukur, bertawakal dan berzikir kepada ALLAH.
Insya Allah, apabila kita memiliki 10 sifat peribadi tersebut, maka perjalanan untuk mempelajari Quantum Ilmu Hikmah akan mudah dan lancar. Sehingga cita-cita kita yang berhubungan dengan masalah duniawi maupun masalah akhirat akan dapat dicapai dengan keredaan Allah.

SEPULUH KUNCI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT:
  1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.
  2. Kunci kemenangan adalah sabar.
  3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
  4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
  5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
  6. Kunci maksiat adalah kesombongan.
  7. Kunci solat adalah taharah.
  8. Kunci ibadah haji adalah ihram.
  9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
  10. Kunci syurga adalah tauhid.

Tiga perkara ini merupakan tanda-tanda kebahagiaan seseorang hamba serta tanda kejayaan di dunia dan akhirat.
“Apabila diberi nikmat dia bersyukur, apabila diuji dia sabar, dan apabila berdosa dia beristighfar (bertaubat).

BERSAMA MELANGKAH KE PUNCAK KEJAYAAN...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan